Jepun mungkin benarkan semula eksport peralatan pertahanan

Astro Awani
Februari 11, 2014 20:12 MYT
Perdana menteri Jepun, Shinzo Abe. --foto arkib
Jepun mungkin membenarkan semula eksport peralatan pertahanan kepada pertubuhan antarabangsa yang terlibat dengan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Pentadbiran perdana menteri Shinzo Abe kini sedang meneliti beberapa aspek pertahanan bagi membolehkan larangan eksport sebelum ini ditarik semula.
Jepun memberi kebenaran tersebut dengan syarat pertubuhan terlibat tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Kesediaan Jepun itu bagaimanapun dianggap boleh mencetuskan ketegangan dengan China dan Korea Selatan.
Larangan eksport yang dikuatkuasa pada 1967 itu melibatkan tiga prinsip iaitu larangan eksport senjata, larangan penjualan senjata kepada kerajaan komunis dan kepada pihak yang terlibat dengan konflik antarabangsa, atau tertakluk kepada sekatan PBB.
Polisi terbabit sebelum ini telah menyebabkan industri pertahanan Jepun merudum dan urusniaga pertahanan Jepun menjadi terhad dengan Amerika Syarikat sahaja.
Abe yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada penghujung 2012 berhasrat mengurangkan sekatan yang dikenakan pentadbiran sebelum ini terhadap institusi pertahanan.
#China #eksport senjata #Korea Selatan #PBB #Pertubuhan Bangsa Bersatu #Shinzo Abe
;