Jepun mulakan pelepasan ke-7 air sisa nuklear Fukushima
Bernama
Jun 28, 2024 17:31 MYT
Jun 28, 2024 17:31 MYT
TOKYO: Jepun pada Jumaat memulakan pusingan ketujuh pelepasan air sisa tercemar nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
Walaupun mendapat tentangan hebat di dalam dan luar negara,Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji itu memulakan pelepasan air sisa radioaktif itu pada waktu pagi, pusingan ketiga dalam tahun fiskal 2024, lapor Xinhua.
Seperti pusingan sebelumnya, kira-kira 7,800 tan air sisa akan dilepaskan sehingga 16 Julai.
-- BERNAMA