Jepun mula buka sempadan, pelancong perlu patuhi SOP

Astro Awani
Jun 8, 2022 09:00 MYT
Pelancong dilihat memakai pakaian tradisional Jepun 'kimono' semasa bersiar-siar di Tokyo. - Foto AP
TOKYO: Pengembara luar negara dibenarkan ke Jepun namun perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP).
Ini termasuk pengembara perlu memakai pelitup muka, mengambil insurans peribadi dan akan ditemani sepanjang penginapan mereka.
Perkara itu diumumkan kerajaan pada Selasa susulan pembukaan semula pintu masuk antarabangsa.
Hanya pelancong dalam pakej pelancongan akan dibenarkan masuk bagi fasa pertama pembukaan semula bermula 10 Jun.
Malah agensi pelancongan yang mengiringi mereka perlu memastikan mereka sentiasa memakai pelitup muka.
Penggunaan pelitup muka juga diwajibkan di kawasan terbuka terutamanya apabila orang ramai berhimpun dalam jarak dekat.
Sebelum ini, Jepun melaksanakan antara sekatan paling ketat berkenaan pintu sempadan antara negara-negara lain dengan tidak membenarkan kemasukan bukan rakyatnya.
Namun, kelonggaran mula diberikan dengan Perdana Menteri Fumio Kishida berikrar akan merancakkan kembali ekonomi rakyatnya melalui pembukaan pintu sempadan.
#COVID-19 #pelancong #SOP #pelitup muka
;