Jepun meterai perjanjian pemindahan pertahanan dengan Thailand

Bernama
Mei 3, 2022 12:02 MYT
Fumio Kishida (kiri) berjabat tangan dengan Prayut Chan-o-cha selepas mengadakan sidang media bersama di Bangkok, Thailand, 2 Mei 2022. (Foto AP)
MOSCOW: Jepun dan Thailand pada Isnin menandatangani perjanjian mengenai peralatan dan teknologi ketenteraan, kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
Kishida bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha, di Bangkok untuk membincangkan isu kepentingan global dan serantau.
Kedua-dua pemimpin antara lain, sepakat bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Ukraine dan negara jiran, serta menangani situasi di Myanmar dan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.
"Perjanjian pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan itu satu lagi langkah ke hadapan bagi mengembangkan kerjasama pertahanan dua hala," kata Kishida lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo.
Kishida dalam rangka lawatan mengadakan lawatan ke beberapa negara termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand serta Itali dan United Kingdom sejak Jumaat lepas.
-- BERNAMA
#perjanjian #Jepun-Thailand #Fumio Kishida #Prayut Chan-O-Cha #perjanjian pemindahan pertahanan
;