AS, Jepun mahu rundingan perdagangan

Astro Awani
September 26, 2018 07:29 MYT
Donald Trump dan Shinzo Abe berjabat tangan pada satu sidang media di White House, Washington, 7 Jun, 2018. REUTERS / Fail
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengadakan rundingan perdagangan antara kedua negara itu.
Trump berkata, Jepun sebelum ini menolak sebarang rundingan namun kini bersetuju.
Trump berkata demikian ketika bertemu Abe di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-73 di sini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Abe atas kemenangan dalam pilihan raya minggu lepas.
Perbincangan turut menyentuh mengenai isu Korea Utara.
Kedua negara berharap dapat membantu Pyongyang untuk maju ke hadapan.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Jepun #Korea Selatan #perdagangan #pilihan raya #rundingan #Shinzo Abe
;