Jepun larang eksport pesawat, permainan ke Rusia
Bernama
Mac 31, 2023 18:17 MYT
Mac 31, 2023 18:17 MYT
TOKYO: Jepun tidak akan mengeksport peralatan pembinaan termasuk jengkaut hidraulik dan jentolak, enjin pesawat dan kapal, peralatan elektronik untuk navigasi, radio penerbangan, pesawat dan kapal angkasa serta alat gantinya, dron dan peralatan optik dan fotografi, menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun pada Jumaat.
Larangan eksport juga terpakai bagi produk keluli, aluminium, dandang stim, peralatan penempaan, penjana, kenderaan pengangkut dan alat ganti, gentian optik dan kabel gentian optik, alat pengukur, instrumen serta teropong dan barangan permainan.
Larangan itu berkuat kuasa pada 7 April, lapor Sputnik.
-- BERNAMA