Jepun kesan jangkitan kolera babi, kes pertama sejak 26 tahun
Reuters
September 9, 2018 13:14 MYT
September 9, 2018 13:14 MYT
Jepun pada Ahad mengesahkan berjaya mengesan penularan jangkitan kolera babi di negara itu.
Ini merupakan kali pertama jangkitan ini dikesan di negara itu sejak 26 tahun lalu.
Susulan penemuan itu, Jepun bertindak menggantung serta-merta eksport daging babi dan daging babi hutan.
Menurut kenyataan kementerian pertanian, jangkitan itu mula dikesan di sebuah ladang di pusat bandar Gifu.
Tambah kenyataan itu, kolera babi walau bagaimanapun hanya menular pada ternakan itu dan tidak berbahaya kepada manusia.