TOKYO: Kempen untuk memilih ketua Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun dan mencari pengganti Perdana Menteri Yoshihide Suga bermula pada Jumaat, menyaksikan empat Ahli Parlimen menawar diri sebagai calon.
Pengundian ditetapkan pada 29 September, bakal menyaksikan persaingan di antara bekas Menteri Luar Fumio Kishida, bekas Menteri Komunikasi Sanae Takaichi, Menteri Vaksinasi Koronavirus Taro Kono dan Pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP Seiko Noda, lapor Xinhua.
Pemenang bakal menjadi perdana menteri kerana parti itu menguasai Parlimen, selepas Suga pada awal bulan ini mengumumkan tidak akan bertanding semula susulan ketidakpuasan hati rakyat terhadap langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang dilaksanakannya.
Di antara empat calon tersebut, Kono, 58, dengan dasar reformasinya, dilihat sebagai calon pilihan. Tinjauan mendapati beliau menerima sokongan kuat daripada perwakilan muda.
Kono juga mendapat sokongan Shigeru Ishiba, bekas menteri pertahanan yang memutuskan untuk tidak bertanding.
Kishida, 64, pula dijangka dapat meraih sokongan Ahli Parlimen veteran yang tidak menyukai idea reformis Kono, selain 47 lagi ahli yang berpihak kepadanya .
Sementara itu dua calon wanita Takaichi dan Noda pula bercita-cita menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun.
Noda, 61, mengumumkan pencalonannya pada Khamis, memandangkan pencalonannya agak lewat adalah lebih sukar untuk meramal pemenangnya.
Takaichi, 60, tergolong dalam kelompok sayap kanan LDP dan sekutu rapat bekas Perdana Menteri Shinzo Abe.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021

Pengundian bakal menyaksikan persaingan di antara bekas Menteri Luar Fumio Kishida, bekas Menteri Komunikasi Sanae Takaichi, Menteri Vaksinasi Koronavirus Taro Kono dan Pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP Seiko Noda. - Foto AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Parti pemerintah Jepun, LDP hilang majoriti dalam pilihan raya mengejut
Parti Liberal Demokratik yang memerintah Jepun kehilangan majoriti di Parlimen, iaitu keputusan terburuk yang dicapai selama lebih sedekad.

PM Jepun Kishida gantikan dua eksekutif parti pemerintah LDP yang dibelenggu skandal
Perdana Menteri Jepun menggantikan dua eksekutif parti LDP dalam usaha untuk memulihkan kepercayaan orang ramai di tengah-tengah skandal dana politik.

Jawatan Perdana Menteri: Menteri vaksin Jepun mungkin dapat sokongan lawan
LDP akan mengadakan pemilihan kepimpinan pada 29 September selepas Perdana Menteri Yoshihide Suga umum letak jawatan.

PM Jepun Yoshihide Suga bakal letak jawatan
Suga juga dilaporkan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai ketua parti LDP.