Jepun keluar amaran tsunami susulan gempa 6.9 magnitud
AFP
Februari 16, 2015 07:40 MYT
Februari 16, 2015 07:40 MYT
Jepun mengeluarkan amaran tsunami hari ini susulan gempa bermagnitud 6.9 di utara Jepun, kata agensi meteorologi.
Agensi itu berkata, tsunami sehingga satu meter (3.3 kaki) dijangka melanda pantai Iwate pada kira-kira jam 8:30 pagi (2330 GMT Isnin).
Gempa bumi itu berlaku pada jam 8:06 pagi di Pasifik kira-kira 210 kilometer (130 batu) di timur Miyako, Iwate, pada kedalaman 10 kilometer, menurut agensi itu.
Sebahagian besar kawasan pantai yang dijangka terkesan dalam amaran itu telah pun musnah akibat gempa bumi tahun 2011 dan tsunami yang mengorbankan lebih 18,000 nyawa dan mencetuskan krisis nuklear di Fukushima.