Jepun keluar amaran tsunami susulan gempa 6.6 magnitud

Bernama
Oktober 5, 2023 14:32 MYT
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, terdapat potensi tsunami setinggi satu meter melanda bahagian tertentu gugusan kepulauan itu sekitar 11.30 pagi (10.30 pagi waktu Malaysia). -USGS
TOKYO: Agensi meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami awal Khamis untuk gugusan kepulauan Izu selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda Lautan Pasifik.
Gempa bumi berlaku pada 11 pagi waktu tempatan (10 pagi Waktu Malaysia) berhampiran Pulau Torishima pada kedalaman 10 kilometer (6.21 batu), Agensi Anadolu memetik lsaporan Kyodo News.
Pulau Torishima ialah sebuah pulau tidak berpenghuni yang terletak kira-kira 600 kilometer (373 batu) di selatan Tokyo.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, terdapat potensi tsunami setinggi satu meter melanda bahagian tertentu gugusan kepulauan itu sekitar 11.30 pagi (10.30 pagi waktu Malaysia).
-- BERNAMA
#gempa bumi #Jepun #lautan Pasifik #tsunami
;