Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju perkukuhkan kerjasama

Astro Awani
Februari 22, 2013 23:02 MYT
Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi kedua-negara.
Itu antara hasil awal pertemuan antara perdana menteri Jepun Shinzo Abe dengan presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang berlangsung sejak Khamis.
Bagi Abe persefahaman kukuh antara Jepun-Amerika Syarikat bukan sekadar berkisar kepada polisi hubungan luar semata-mata.
Dalam pada itu Obama mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Abe yang terpilih semula sebagai perdana menteri selepas meletak jawatan pada 2007.
Kedua-dua pemimpin juga menjadikan pelancaran roket dan ujian nuklear oleh Korea Utara sebagai agenda utama perbincangan.
Mereka menegaskan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur dengan tindakan negara komunis itu.
#Abe #Obama #Washington