Jepun, China, Korea Selatan, ASEAN bimbang impak perang ke atas ekonomi
Bernama
Mei 13, 2022 17:25 MYT
Mei 13, 2022 17:25 MYT
TOKYO: Ketua-ketua kewangan Jepun, China, Korea Selatan dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Khamis mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kebimbangan kesan perang Rusia-Ukraine terhadap ekonomi serantau.
"Kenaikan harga makanan dan tenaga diburukkan lagi oleh konflik Rusia-Ukraine mungkin menimbulkan risiko negatif kepada prospek perdagangan dan pelaburan, pertumbuhan dan inflasi rantau ini," lapor Jiji Press memetik menteri kewangan dan pegawai-pegawai bank pusat Asia Timur dan Tenggara dalam satu kenyataan pada mesyuarat dalam talian.
Selain dasar monetari yang diperketatkan di luar jangkaan dalam beberapa ekonomi utama, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan turut menjadi punca kebimbangan mereka.
Mereka menegaskan kepentingan meneruskan "dasar sokongan" untuk mengurangkan kesan pandemik novel coronavirus dan mengukuhkan pemulihan ekonomi yang mampan, menurut laporan itu.
-- BERNAMA