Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400kg

Bernama
Februari 20, 2024 16:35 MYT
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding pada tahun pra-pandemik 2019. - Gambar hiasan
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang seluruh negara pada 2023 dan sekali gus mencatat nilai rampasan kedua terbesar di negara itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding pada tahun pra-pandemik 2019, lapor stesen penyiaran NHK, memetik data kementerian kewangan.
Sementara itu, jumlah kes pengedaran dadah yang dikesan pada tahun lepas ialah 815, turun 22 peratus berbanding 2022.
Jumlah kes membabitkan pesawat penumpang meningkat hampir tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya kepada 262, disebabkan peningkatan perjalanan udara selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan.
-- BERNAMA
#rampasan dadah #Jepun #bahan terlarang #pelabuhan
;