Jepun berdepan cuaca panas melampau

Bernama
Mei 17, 2023 18:47 MYT
JMA menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berdepan strok haba. - Gambar hiasan/ Reuters
TOKYO: Suhu di seluruh Jepun pada Rabu dijangka mencatat bacaan tertinggi setakat tahun ini, Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
JMA menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga berdepan strok haba.
Menurut agensi terbabit, fenomena Foehn, di mana angin panas dari pergunungan mendorong peningkatan suhu, menyebabkan bacaan suhu meningkat dan mengakibatkan cuaca kering di sebahagian besar kawasan Pasifik, timur dan utara Jepun, lapor Xinhua.
Beberapa kawasan mencatat suhu tinggi yang kebiasaanya hanya direkodkan pada Jun atau Julai.
Cuaca panas pada siang hari boleh mencecah sekitar 36 darjah Celsius di Bandar Maebashi Prefektur Gunma dan 35 darjah Celcius di Bandar Chichibu Wilayah Saitama, menurut JMA.
-- BERNAMA
#Jepun #cuaca panas #suhu dunia #strok haba
;