Jepun akan perkuat keselamatan maritim bersama negara ASEAN

Bernama
September 6, 2023 20:12 MYT
Kishida juga mendedahkan rancangan Jepun untuk meningkatkan kerjasama pendigitalan dengan negara serantau dan melatih sekurang-kurangnya 5,000 orang dalam tempoh tiga tahun akan datang. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Jepun akan mengukuhkan keselamatan maritim bersama negara-negara Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Rabu, menjelang sidang kemuncak dengan pemimpin Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di ibu negara Indonesia, Jakarta.
Kishida juga mendedahkan rancangan Jepun untuk meningkatkan kerjasama pendigitalan dengan negara serantau dan melatih sekurang-kurangnya 5,000 orang dalam tempoh tiga tahun akan datang, lapor Agensi Anadolu, memetik Kyodo News.
"Negara kita akan berkembang bersama anggota ASEAN dengan mempromosikan kerjasama teknikal dengan mereka," kata Kishida pada Forum ASEAN-Indo Pasifik, ketika beliau memperkenalkan inisiatif ketersambungan komprehensif Jepun-ASEAN.
Jakarta menjadi tuan rumah sidang kemuncak ke-43 pemimpin ASEAN sejak Isnin. Jepun adalah rakan dialog dengan blok serantau itu.
"Tokyo juga akan menyokong usaha setiap anggota ASEAN untuk mendigitalkan infrastruktur, meningkatkan keselamatan siber dan memperkuat rantaian bekalan untuk makanan dan produk lain," tambah Kishida.
-- BERNAMA
#ASEAN #Jepun #keselamatan maritim #Negara-negara Asia Tenggara
;