Jeneral bersara Petr Pavel angkat sumpah Presiden Czech
Bernama
Mac 10, 2023 11:50 MYT
Mac 10, 2023 11:50 MYT
PRAGUE: Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel mengangkat sumpah sebagai presiden keempat Republik Czech di Istana Prague pada Khamis.
Dalam ucapan perasmiannya, Pavel berikrar untuk menyatukan negara, lapor Xinhua.
"Bersama-sama kita menempuh cabaran, dan hanya dengan bersatu kita mampu menanganinya," katanya.
Pavel sebelum ini berkhidmat sebagai ketua jawatankuasa tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Beliau memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Czech pada Januari tahun ini dengan memperoleh 58.32 peratus undian, menewaskan bekas Perdana Menteri Andrej Babis 41.67 peratus.
-- BERNAMA