Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok

Agensi
Jun 12, 2022 22:41 MYT
Media tempatan melaporkan Emmeril atau lebih dikenali dengan pangilan Eril, akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, pada pagi Isnin. - Gambar fail/Instagram
JAKARTA: Jenazah Emmeril Kahn Mumtadz, anak Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, selamat tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Indonesia kira-kira pukul 3.56 petang tadi dari Switzerland.
Media tempatan melaporkan Emmeril atau lebih dikenali dengan pangilan Eril, akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, pada pagi Isnin.
Eril dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland, hampir tiga minggu lalu. Jasadnya ditemui Khamis lepas.
BACA: Mayat anak gabenor Indonesia ditemui selepas 14 hari hilang di Sungai Aare
BACA: 'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil
BACA: 'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan
Allahyarham berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikannya sehingga ke tahap sarjana.
Sejurus selepas berita kehilangan Eril diuar-uarkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya 'berkampung' di Swtizerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR).
#Emmeril Kahn Mumtadz #Indonesia #lemas #Ridwan Kamil #Switzerland
;