Jenayah kebencian terhadap komuniti Asia: Datuk Bandar New York beri amaran
Astro Awani
Februari 23, 2021 06:24 MYT
Februari 23, 2021 06:24 MYT
NEW YORK: Datuk Bandar New York memberi amaran kepada mereka yang mahu melakukan tindakan ganas terhadap masyarakat Asia di negeri itu.
Amaran Bill De Blasio itu disusuli dengan hukuman oleh penguatkuasa terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah kebencian.
"Jika anda berfikir untuk melakukan jenayah kebencian, jika anda berani lakukan sesuatu terhadap anggota masyarakat Asia, anda akan terima padanhnya.
"Kami akan perangi habis-habisan jenayah kebencian ini dan kami mempunyai undang-undang paling ketat terhadap jenayah kebencian. Polis New York akan tumpukan perhatian terhadap mereka yang melakukan jenayah kebencian dan pastikan mereka terima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan," katanya.
Beliau berkata, polis akan meningkatkan pengawasan di sistem kereta api bawah tanah untuk mencegah jenayah kebencian terhadap masyarakat Asia.
Kumpulan komuniti dan penggubal undang-undang Asia menunjukkan peningkatan jumlah jenayah kebencian terhadap orang Asia di New York dan seluruh Amerika Syarikat.