Jenayah Israel perlu dihentikan elak konflik lebih luas - Iran

Astro Awani
Januari 9, 2024 08:30 MYT
Nyalaan api yang dilihat di Semenanjung Gaza dari selantan Israel. - Foto AP
TEHRAN: Iran menegaskan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan bagi membendung perang daripada merebak di rantau itu.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani berkata, jika jenayah Zionis tidak dihentikan, skop peperangan akan diperluaskan.
"Punca ketidakstabilan adalah pendudukan. Punca krisis semasa dan kekejaman selama 3 bulan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Gaza yang tidak berdaya adalah 75 tahun pendudukan dan hakikat bahawa mereka (Amerika Syarikat) telah berdiri di belakang iaitu penjajah terhadap negara yang ditindas.
"Jika mereka jujur dalam menyelesaikan krisis mereka mesti memberi perhatian kepada punca dan menghentikan sokongan tanpa had serta tanpa syarat mereka terhadap rejim Zionis," katanya.
Kenyataan menyusuli komen Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang mendesak untuk menghalang perang Israel terhadap Hamas di Gaza daripada meledak menjadi konflik serantau yang lebih luas.
Nasser berkata, serangan jenayah Israel kini memasuki hari ke-93 disebabkan oleh kurangnya perhatian oleh kerajaan AS terhadap kebimbangan itu.
#Israel #Gaza #Palestin #nasser kanaani
;