Jen Psaki positif COVID-19, tidak dapat sertai lawatan Biden ke Eropah

Bernama
Mac 23, 2022 12:10 MYT
Pada November lalu Psaki pernah dijangkiti COVID-19 sebelum lawatan Biden ke Rom. -REUTERS
WASHINGTON DC: Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki pada Selasa berkata beliau positif COVID-19 dan tidak akan turut serta dalam lawatan Presiden Joe Biden ke Eropah, lapor Sputnik.
"Setakat ini hanya mengalami simptom ringan dan akan bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh kuarantin selama lima hari," katanya dalam satu kenyataan.
Pada November lalu, Psaki pernah dijangkiti COVID-19 sebelum lawatan Biden ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak G20 dan sidang kemuncak iklim PBB.
Biden dijadual berlepas ke Brussels pada Khamis untuk menghadiri sidang kemuncak NATO sebelum meneruskan lawatan ke Poland.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Jen Psaki #Joe Biden #eropah
;