Jemaah masjid di Kanada diserang selepas tarawih, 5 cedera

Astro Awani
April 17, 2022 11:35 MYT
Lima orang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Toronto, Kanada pada Sabtu. -Gambar fail
TORONTO: Lima orang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Toronto, Kanada pada Sabtu.
Sumber polis memaklumkan sekumpulan lelaki, yang baru selesai solat tarawih, diserang secara rambang oleh penembak dari dalam sebuah kenderaan.
Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dalam kejadian di daerah Scarborough itu, lapor portal Anadolu Agency.
Polis Toronto bagaimanapun masih tiada maklumat tentang jumlah suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
"Kami tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana kepercayaan agama mereka," kata jurucakap polis.
Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh berkata dia bimbang dengan kejadian tembakan itu.
Nadeem menggesa pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan menahan pelaku bagi membendung keganasan senjata api di kawasan itu.
#Scarborough #tembakan rambang #serangan masjid #diserang selepas solat tarawih
;