Jemaah ke -11 meninggal dunia di Mekah

Razak Chik
Oktober 17, 2013 06:19 MYT
Seorang jemaah wanita Kalsom Mohd Shrif dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur meninggal jam 1.40 pagi hari ini, semasa masih bermabit di mina akibat sakit jantung.
Ini menjadikan sebelas kesemua kematian jemaah haji Malaysia di tanah suci pada musim haji ini.
Allahyarhamah Kalsom berumur 57 tahun merupakan jemaah pertama meninggal semasa mabit di mina yang hanya akan berakhir hari esok.
Setakat ini enam lelaki dan lima jemaah wanita di kalangan jemaah haji Malaysia telah meninggal di tanah suci.
#jemaah haji #meninggal