Jeddah ditutup semula, Arab Saudi ambil langkah berjaga-jaga

Agensi
Jun 6, 2020 23:19 MYT
Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu. - Wikipedia
Arab Saudi mengumumkan penutupan semula di Jeddah, pintu masuk untuk semua jemaah masuk ke Mekah dalam usaha mengekang COVID-19 daripada tersebar semula.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu diambil selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar tinggi pesakit di bahagian rawatan rapi.
Kerajaan negara itu memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu.
Langkah itu termasuklah perintah berkurung dari jam 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah.
Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei lalu, kementerian bakal mengenakan langkah yang ketat di Riyadh selepas ia menyaksikan peningkatan berterusan dalam tempoh beberapa hari.
Arab Saudi mengumumkan 96,000 jangkitan COVID-19 dengan 642 kematian, tertinggi dalam kalangan negara Teluk.
Keadaan itu juga menyebabkan ibadah umrah dilarang dilaksanakan dalam tempoh setahun.
#Arab Saudi #COVID-19 #Jeddah #Kementerian Kesihatan Arab Saudi #Mekah #penutupan semula #Riyadh
;