Jawatan Perdana Menteri: Menteri vaksin Jepun mungkin dapat sokongan lawan

Astro Awani
September 8, 2021 10:17 MYT
Kono (gambar) dan Ishiba antara Ahli Parlimen yang popular dan beberapa kali disenaraikan sebagai perdana menteri pilihan oleh pengundi. - Gambar fail AP
PELUANG Taro Kono, menteri yang bertanggungjawab urusan vaksinasi COVID-19 Jepun, untuk menjadi pemimpin parti kerajaan, seterusnya Perdana Menteri, makin cerah berikutan perpecahan dalam parti lawan.
Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) akan mengadakan pemilihan kepimpinan pada 29 September selepas Perdana Menteri Yoshihide Suga mengumumkan peletakan jawatan.
Akar umbi anggota LDP akan mengundi dalam pemilihan kepimpinan bersama dengan Ahli Parlimen parti.
Individu yang menang akan memimpin LDP dalam satu pemilihan untuk ke Dewan Rakyat, yang perlu diadakan pada 28 November.
Pemenang kemudiannya akan ditentukan keabsahannya dan menjadi perdana menteri seterusnya.
Setakat ini, hanya bekas Menteri Luar Negeri Fumio Kishida mengumumkan pencalonannya.
Bagaimanapun, Kono dan bekas menteri dalam negeri Sanae Takaichi turut menyuarakan hasrat menjadi calon.
Berikutan pertemuan bekas menteri pertahanan Jepun Shihery Ishiba bersama sekutu parti LDP, Ahli Parlimen Mamoru Fukuyama berkata, ahli berpecah-belah sama ada untuk menyokong Ishiba dalam pemilihan kepimpinan itu, atau Kono, yang berasal daripada gabungan lain.
Ishiba minggu lalu berkata, beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika betul caranya.
Kono dan Ishiba antara Ahli Parlimen yang popular dan beberapa kali disenaraikan sebagai perdana menteri pilihan oleh pengundi.
#pemilihan parti #parti LDP #jawatan PM Jepun #Taro Kono
;