Jauhi Gunung Merapi
Sinar Harian
Mei 7, 2018 15:49 MYT
Mei 7, 2018 15:49 MYT
Status Gunung Merapi di Sumatera Barat masih dalam keadaan waspada selepas ia meletus buat kali terakhir pada 2 Mei lalu.
Petugas Pos Pengamatan Gunung Api Merapi di Pusat Vulkanologi Mitigasi dan Bencana Geologi (PVBMG), Hartanto Prawiro dalam satu temu ramah bersama portal Kompas berkata, pihaknya hingga kini masih melarang pendaki dan orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawasan terbabit.
"Larangan masih sama. Jangan melakukan sebarang aktiviti di kawasan ini dan diharap orang ramai tidak panik dengans ebarang perubahan yang berlaku selagi tiada amaran rasmi dikeluarkan," katanya.
Pada 27 April dan 2 Mei lalu Merapi mengeluarkan asap kelabu setinggi 300 meter dari puncak kawah.
Gunung berketinggian 2.891 meter itu kali terakhir meletus pada 4 Jun 2017 lalu.