AS jatuhkan hukuman mati banduan wanita buat pertama kali sejak 1953

Agensi
Januari 13, 2021 21:59 MYT
Lisa Montgomery, 52, disahkan mati pada jam 1.31 waktu temptan selepas menerima suntikan maut di kompleks penjara persekutuan di Terre Haute, Indiana. - Gambar REUTERS
INDIANA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya dalam hampir tujuh dekad melaksanakan hukuman mati ke atas seorang banduan wanita.
Lisa Montgomery, 52, disahkan mati pada jam 1.31 waktu tempatan selepas menerima suntikan maut di kompleks penjara persekutuan di Terre Haute, Indiana.
Montgomery menerima hukuman tersebut kerana membunuh seorang wanita hamil, Bobbie Jo Stinnett di bandar Skidmore, barat laut Missouri pada 2004.
Dia menggunakan tali untuk mencekik Stinnett yang pada ketika itu hamil lapan bulan, kemudiannya menoreh perutnya dengan pisau dapur serta mengeluarkan bayi perempuannya yang belum lahir.
Susulan itu, dia menculik bayi itu dan berlakon seolah-olah bayi itu adalah anaknya.
Sebagai satu-satunya wanita yang menjalani hukuman mati di peringkat mahkamah persekutuan, Montgomery ditahan di sebuah penjara di Texas dan dibawa ke Terre Haute pada malam Isnin.
#Amerika Syarikat #AS #Lisa Montgomery #kompleks penjara persekutuan #Bonnie Jo Stinnett #Terre Haute #banduan wanita
;