Jasad Naib Presiden Malawi tiba di Lilongwe
Astro Awani
Jun 12, 2024 08:30 MYT
Jun 12, 2024 08:30 MYT
LILONGWE: Jasad Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima dan mereka yang terkorban dalam nahas pesawat dihantar pulang ke ibu negara Malawi, Lilongwe pada Selasa.
Sejurus tiba di lapangan terbang dengan sebuah helikopter jenis AB-212 milik Tentera Udara Zambia, mendiang dan mangsa yang terkorban disambut orang ramai dan diberi penghormatan ketenteraan.
Mangsa yang terkorban kemudian dibawa dengan sebuah ambulans untuk dibawa pulang ke ibu negara bagi penghormatan terakhir.
Pesawat tentera yang membawa Chilima, calon yang berpotensi dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan, hilang pada Isnin.
Antara yang menjadi korban dalam nahas terbabit ialah bekas wanita pertama, Shanil Dzimbiri.
Pesawat itu meninggalkan ibu negara Lilongwe pada jam 9.17 pagi waktu tempatan pada Isnin namun gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu seperti yang dijadualkan.
Presiden Malawi, Lazarus Chakwera berkata semua penumpang di atas kapal itu terbunuh akibat impak yang kuat susulan kejadian.
Chilima, 51, pulang dari Korea Selatan pada Ahad selepas menyertai Sidang Kemuncak Korea-Afrika, dan dalam perjalanan bersama penumpang lain pada pagi Isnin untuk menghadiri pengebumian bekas Menteri Kehakiman Malawi di utara negara itu.