Jasad Ismail Haniyeh dikebumi di tanah perkuburan Lusail

Astro Awani
Ogos 2, 2024 12:48 MYT
Ribuan penduduk Tehran mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu pada Khamis. - Foto fail/REUTERS
DOHA: Qatar akan adakan upacara pengebumian hari ini untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan di Tehran pada Rabu.
Semasa hayatnya, Ismail berpangkalan di ibu negara Qatar, Doha bersama beberapa anggota biro politik Hamas.
Agensi berita AFP melaporkan jasad Ismail bakal dikebumi di tanah perkuburan Lusail, yang terletak di bahagian utara Doha, susulan solat jenazah di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, masjid terbesar negara itu.
[LAPOR LANGSUNG] Jasad Ismail Haniyeh disemadi di Qatar hari ini
Hamas mengumumkan pemimpin negara Arab dan negara Islam selain orang awam akan menghadiri upacara pengebumian itu.
Ribuan penduduk Tehran mengadakan acara penghormatan terakhir buat pemimpin tertinggi Hamas itu pada Khamis dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ketika memimpin solat jenazah Allahyarham.
Turkiye dan Pakistan mengisytiharkan berkabung pada Jumaat.
#Ismail Haniyeh #kebumi #Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab #Hamas
;