Jarum dalam strawberi, Australia tingkatkan siasatan
Agensi
September 17, 2018 18:07 MYT
September 17, 2018 18:07 MYT
AUSTRALIA telah mengarahkan pihak berkuasa mereka untuk meningkatkan siasatan terhadap kes penemuan jarum menjahit dalam strawberi yang dijual di pasaran.
Selepas kes pertama ditemukan di Queenland minggu lalu, kini kejadian tersebut telah tersebar ke enam daripada lapan negeri dan wilayah – New South Wales, Victoria, the Australian Capital Territory, South Australia dan Tasmania.
Antara jenama strawberi yang telah ditarik balik termasuk Berry Obsession, Berry Licious, Love Berry, Donnybrook Berries, Delightful Strawberries dan Oasis.
Para peruncit di New Zealand juga telah menghentikan penjualan strawberi dari Australia sebagai langkah keselamatan.
Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt, berkata beliau telah mengarahkan Penguatkuasa Keselamatan Makanan di Australia dan New Zealand untuk menyiasat kes ini.
"Ini satu jenayah kejam dan juga serangan terhadap orang ramai," katanya.
Belum ada suspek yang dikenal pasti setakat ini.
Sebelum ini, seorang lelaki di Australia telah dikejarkan ke hospital selepas termakan strawberi yang ada jarum di dalamnya.
Kerajaan negeri Queensland telah menawarkan ganjaran sebanyak A$100,000 (kira-kira RM297,000) untuk maklumat bagi membantu siasatan.
Peladang dan polis berpendapat, selepas kes pertama direkodkan di Queensland, kes-kes lain mungkin disifatkan sebagai ‘copycat crime’ atau peniru jenayah.
Buat masa ini, orang ramai digesa memotong terdahulu buah-buah strawberi sebelum memakannya.