Janin usia 14 minggu cukup sempurna?

Sinar Harian
November 5, 2018 20:18 MYT
Tetapi berlainan kisah seorang ibu muda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya berusia 14 minggu kerana janin itu terhenti degupan jantung. - Foto Sinar Harian
MELIHAT bayi kecil cukup sempurna pasti menyentuh hati seorang ibu apatah lagi bayi itu yang ditunggu selama ini bagi melengkapi hidupnya.
Tetapi berlainan kisah seorang ibu muda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya berusia 14 minggu kerana janin itu terhenti degupan jantung.
Meskipun perit menerima takdir itu, wanita berusia 40 tahun reda dan ingin kebumikan 'anak' itu seperti diinginkan.
Sharran Sutherland, dari Fair Grove, juga berkongsi gambar janin yang dikandungnya sudah 'sempurna' meskipun ia hanya setinggi empat inci dan berat hanya 26gram ketika dilahirkan.
Katanya, perkongsian itu untuk memberi kesedaran kepada wanita suoaya berfikir sedalamnya sebelum melakukan pengguguran.
Dia dan suaminya Michael, 35 tahun, membawa pulang 'bayi' ke rumah dan menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama seminggu sebelum menanam di pasu bunga di rumah mereka.
"Saya berharap bahawa dengan berkongsi gambar-gambar bayi lelaki saya yang begitu berharga ini, mungkin akan membuat seseorang yang memikirkan mengenai keguguran akan mengambil keputusan untuk membatalkannya dan membiarkan anak mereka tetap hidup.
"Tengok, jari jemarinya memegang jari saya ... ia cukup sempurna walaupun tidak berpeluang hidup di dunia," katanya.

Perkongsian gambar janin itu tular di media sosial hingga mencuri perhatian netizen.
Rata-rata memberitahu ia sungguh menakjubkan dan berharap si ibu tetap tabah atas kehilangan anaknya.
#anak #bayi #janin #kandungan #keluarga #media sosial #wanita
;