Jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 82 orang
Agensi
Ogos 31, 2016 12:08 MYT
Ogos 31, 2016 12:08 MYT
Kementerian Kesihatan dan agensi Alam Sekitar Singapura mengesahkan jumlah kes jangkitan virus zika di republik itu kini meningkat kepada 82 orang.
Pada Selasa, 26 orang lagi disahkan dijangkiti virus zika yang kebanyakannya tertumpu di sekitar kawasan Aljunied.
Pihak kementerian juga mengesahkan 17 kes baharu membabitkan mereka yang berkerja dan menetap di Aljunied Crescent atau Sims Drive manakala lima lagi dari Kallang Way dan Paya Lebar Way, utara Aljunied.
Siasatan turut dilakukan terhadap empat kes zika yang lain.
Dalam tempoh 24 jam lalu, 111 individu melalui ujian saringan zika dan kesemuanya didapati negatif.
Semua wanita hamil di Singapura yang bukan berada di kawasan terjejas virus zika digesa supaya tampil menjalani ujian saringan.