Jangkitan paru-paru, Mahmoud Abbas masih terima rawatan di hospital

Agensi
Mei 21, 2018 06:31 MYT
Ujian perubatan dan laporan x-ray menunjukkan terdapat keradangan di paru-paru kanan Mahmoud. - Reuters
Presiden Palestin Mahmoud Abbas dinasihatkan untuk terus berada di hospital selama beberapa hari setelah disahkan menghidapi jangkitan di paru-parunya, lapor Reuters.
Sebelum ini Abbas, 82, dimasukkan ke sebuah hospital di Ramallah sebanyak tiga kali pada hujung minggu lepas.
Ia setelah beliau menjalani pemeriksaan selepas menjalani pembedahan kecil di telinganya beberapa awal minggu lalu.
Menurut Pengarah Pusat Perubatan di Al-Istishari, ujian perubatan dan laporan x-ray menunjukkan terdapat keradangan di paru-paru kanannya.
Bagaimanapun menurut doktor yang merawatnya, Abbas menunjukkan respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan.
#abbas #al-istishari #jangkitan #Palestin #paru-paru #Ramallah
;