Jangkitan COVID-19 di Indonesia lepasi angka 425,000
Bernama
November 5, 2020 19:36 MYT
November 5, 2020 19:36 MYT
JAKARTA: Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 425,000 selepas mencatatkan 4,065 lagi kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.
Bagaimanapun sebanyak 357,142 pesakit daripada 425,796 yang disahkan positif virus itu, telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 55,943 lagi pesakit masih dalam pemantauan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 89 lagi kematian dicatatka menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 14,348 orang.
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 109,411 setelah tambahan 797 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,853 orang.
-- BERNAMA