Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 368,842 kes, kematian 12,734
Bernama
Oktober 20, 2020 21:51 MYT
Oktober 20, 2020 21:51 MYT
JAKARTA: Indonesia mencatatkan 3,602 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 368,842 kes.
Berdasarkan data disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 160,740 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 117 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 12,734 orang.
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 96,217 kes, dengan tambahan 964 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,582 orang, diikuti Jakarta (2,068), Jawa Tengah (1,607) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
#Indonesia
#kes positif
#COVID-19
#Jakarta
#kes Indonesia
#Provinsi Jawa Timur
#Badan Nasional Pengurusan Bencana
#BNPB
#COVID-19 di Indonesia