Jangan pandang konflik di Gaza sebagai isu bermusim

Bernama
November 24, 2023 06:00 MYT
Masyarakat dunia tidak harus memandang isu Palestin secara bermusim sebaliknya ia perlu diberi perhatian secara berterusan untuk diselesaikan. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Masyarakat dunia tidak harus memandang isu Palestin secara bermusim sebaliknya ia perlu diberi perhatian secara berterusan untuk diselesaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Beliau berkata usaha mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa berhubung isu sebenar Palestin perlu dilakukan secara berterusan agar mereka terus konsisten bersama dalam menangani isu sejagat itu.
[LAPOR LANGSUNG] Jeda kemanusiaan 4 hari mula berkuat kuasa di Gaza
Program itu dihadiri oleh Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Pada majlis itu GPM menyampaikan sumbangan kepada 300 keluarga Palestin yang hadir pada majlis tersebut.
--BERNAMA
#konflik di Gaza #Palestin #isu bermusim #Global Peace Mission
;