Jangan gusar ... kucing popular, Gli kekal di Hagia Sophia
Reuters
Julai 24, 2020 15:20 MYT
Julai 24, 2020 15:20 MYT
Ramai yang tertanya-tanya nasib Gli, kucing popular yang tinggal di Hagia Sophia selepas monumen enam abad itu dibuka semula menjadi masjid.
Memiliki lebih 48,000 pengikut di Instagram, kucing berwarna kelabu dengan mata hijau itu menjadi perhatian dan kegemaran pengunjung Hagia Sophia.
Bahkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pernah dirakamkan membelai Gli ketika mengadakan lawatan pada tahun 2009.
Memetik laporan Reuters, pihak berkuasa negara itu bagaimanapun menjelaskan, Hagia Sophia akan terus menjadi 'kediaman' Gli.
Jurucakap kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan berkata, Ibrahim Kalin memberitahu, Gli dan kucing-kucing lain di kawasan itu dibenarkan terus berada di situ.
"Kucing ini menjadi sangat popular dan terdapat beberapa lagi yang tidak popular.
"Kucing itu akan terus berada di situ dan kucing-kucing lain juga dialu-alukan untuk berada di masjid ini," katanya.
Kenyataan itu sudah tentu menggembirakan Umut Bahceci iaitu pemandu pelancong yang juga individu yang bertanggungjawab membuka akaun Instagram Gli, empat tahun lalu.
Akaun tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar Gli selain beberapa pengunjung Hagia Sophia yang turut membelainya.
"Saya mula memerhatikan Gli ketika melihat kucing ini seperti model kerana ia turut bergambar dengan pengunjung-pengunjung Hagia Sophia lain.
"Saya turut mendapat mesanan daripada pengunjung seperti 'Gli, kami akan ke Istanbul untuk menemui kamu'. Ini perasaan yang sangat baik," katanya.
#Gli
#Hagia Sophia
#Ibrahim Kalin
#Jurucakap kepada Presiden Turki
#kucing
#Presiden Turki
#Tayyip Erdogan
#Umut Bahceci