Jangan abaikan suara penduduk Riau
Ian Johan Ariff
September 15, 2015 16:54 MYT
September 15, 2015 16:54 MYT
Penulis dan pengarah filem Indonesia, Joko Anwar berkongsi sebuah video di Youtube untuk menunjukkan kesan jerebu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Menerusi mesej yang dikongsi di Twitter, Joko mahu Jokowi meluangkan masa tiga minit supaya memahami apa yang dilalui penduduk di Riau.
Video itu diterbitkan khas untuk kempen kesedaran melawan asap atau menentang aktiviti pembakaran hutan di Indonesia.
Ia melibatkan netizen di Riau yang terkesan akibat pembakaran hutan bagi menyuarakan pandangan mereka yang tidak ingin hidup dalam keadaan berjerebu ini.
Penerbit berharap pihak berkuasa mengambil berat suara mereka melalui video yang dihasilkan itu.
Antara yang terlibat menjayakan video ini adalah Bujang Dara Pekanbaru, Akademi Berbagi Pekanbaru, Mister Meme Ammo Production dan Aero Picture.