Jambatan 'Winnie the Pooh' bakal dilelong

Astro Awani
Oktober 2, 2021 09:41 MYT
Jambatan asal berukuran 8.87 meter panjang dan 4.5 meter lebar disimpan di Pusat Hutan Ashdown, East Susses dan telah dibaik pulih sepenuhnya. - Foto Twitter/Winnie The Pooh
TONBRIDGE: Sebuah jambatan yang dipaparkan dalam buku 'Winnie the Pooh' bakal dilelong minggu depan dengan harga AS$81,400.
Jambatan tersebut terletak di selatan England dan dikatakan tempat yang sering dikunjungi penulis siri buku itu, A A Milne, bersama anak lelakinya, Christopher Robin sekitar tahun 1920-an.
Ia juga menjadi lokasi sering dipaparkan dalam pengembaraan Pooh dan rakan-rakannya dalam siri buku tersebut yang bermula pada tahun 1926.
James Rylands dariapda Summer Place Auctions menyifatkan jambatan itu sebagai 'objek kesusasteraan paling ikonik dan penting'.
Beliau turut berharap jambatan tersebut dapat mencapai harga jualan sehingga AS$340,000.
"Susah untuk meletakkan harga kenangan 'Winne the Pooh' yang telah mengembirakan ramai kanak-kanak serta golongan dewasa selama berpuluh tahun.
"Saya tidak terkejut kita jambatan itu dilelong pada harga yang lebih tinggi," katanya.
Jambatan tersebut yang asalnya diberi nama Posingford Bridge, dibina pada tahun 1907.
Ia kemudian ditukarkan nama kepada Poohsticks Bridge pada 1997 oleh anak A A Milne sendiri, yang anak patungnya digunakan sebagai watak dalam buku berkenaan.
Struktur asal jambatan tersebut diruntuhkan pada 1999 dan digantikan oleh jambatan yang lebih kukuh dan dibiayai oleh Disney corporation.
Jambatan asal berukuran 8.87 meter panjang dan 4.5 meter lebar disimpan di Pusat Hutan Ashdown, East Susses dan telah dibaik pulih sepenuhnya.
Lelongan tersebut dilakukan sempena hari kelahiran pertama Christopher Robin apabila dia terima sebuah 'teddy bear' bernama Pooh daripada pasar raya berprestij Harrods.
#jambatan #Winnie the Pooh #A A Milne #Christopher Robin
;