Jambatan terbesar di Bangladesh bakal dibuka 25 Jun
Bernama
Mei 24, 2022 19:13 MYT
Mei 24, 2022 19:13 MYT
DHAKA: Jambatan Padma yang terbesar di Bangladesh bakal dibuka kepada lalu lintas mulai 25 Jun, kata Menteri Pengangkutan Jalan dan Jambatan, Obaidul Quader pada Selasa, lapor Xinhua.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina di Dhaka pada Selasa.
"Perdana Menteri Sheikh Hasina akan merasmikan jambatan itu pada 25 Jun," katanya.
Difahamkan kadar tol yang ditetapkan adalah antara kira-kira 100 (RM5) hingga 6,000 (RM300) Taka Bangladesh.
Projek jambatan sepanjang 6.15 kilometer itu dijalankan oleh China Railway Major Bridge Engineering Group Co, Ltd (MBEC) dan merupakan projek infrastruktur terbesar serta paling mencabar dalam sejarah Bangladesh.
Jambatan merentasi Sungai Padma itu menghubungkan kawasan timur laut dan barat daya. - BERNAMA