Jambatan gantung terpanjang di dunia kini dibuka di Portugal
Astro Awani
April 30, 2021 06:03 MYT
April 30, 2021 06:03 MYT
JAMBATAN terpanjang di dunia yang merentasi Sungai Prava di Portugal mula menerima pengunjung dalam satu pembukaan khas pada Jumaat.
Sinonim dengan panjangnya yang berukuran 516 meter, jambatan yang memegang rekod terpanjang dunia itu dinamakan sebagai Jambatan Arouca 516.
Pada Khamis, ia menerima kunjungan daripada penduduk tempatan sebelum ia dibuka secara rasmi pada Ahad.
Datuk Bandar Arouca, Margarida Belem memaklumkan, jambatan dengan ketinggian 175 meter itu mampu menampung sehingga 100 orang untuk satu-satu masa.
Selain menyifatkan jambatan yang menyeberangi sungai itu sebagai satu binaan yang unik.
Jambatan yang tersembunyi di antara pergunungan itu juga akan menjadi satu lagi tarikan tambahan buat sektor pelancongan di Portugal.
#Portugal
#pelancongan
#sektor pelancongan
#jambatan gantung
#jambatan terpanjang
#jambatan
#rekod dunia
#Jambatan Arouca 516