Jamal Khashoggi dicekik, tubuh dikerat-kerat
Sinar Harian
November 1, 2018 08:43 MYT
November 1, 2018 08:43 MYT
Wartawan terkenal, Jamal Khashoggi dicekik sejurus beliau memasuki Konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober lalu.
Perkara itu didedahkan ketua pendakwa raya Turki selepas beliau mendakwa perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Riyadh tentang pembunuhan kolumnis The Washington Post itu gagal mencapai keputusan positif.
"Tubuhnya turut dikerat-kerat mengikut rancangan yang telah dibuat," menurut kenyataan pejabat Irfan Fidan, hari ini.
Sehingga kini, lokasi mayat pengkritik lantang Putera Mahkota Mohammed Salman itu masih tidak diketahui. - Agensi