Jamaica haramkan lagu, program TV promosi aktiviti jenayah, penggunaan senjata
Agensi
Oktober 16, 2022 06:00 MYT
Oktober 16, 2022 06:00 MYT
PENGUAT kuasa penyiaran Jamaica mengharamkan siaran muzik dan TV yang dianggap mengagungkan atau mempromosikan aktiviti jenayah, keganasan, penggunaan dadah, penipuan dan senjata.
Kerajaan berkata larangan itu bertujuan mengurangkan bahan yang boleh memberi tanggapan salah bahawa jenayah adalah ciri yang diterima dalam budaya dan masyarakat negara itu.
Penggiat seni Jamaica bagaimanapun mengkritik langkah itu, menyifatkan ia menghalang usaha membanteras penggunaan senjata api secara haram dan tidak akan menghentikan jenayah.
"Seni berasaskan kehidupan, dan muzik itu datang dari apa yang berlaku di Jamaica secara nyata.
"Tetapi hanya kerana ia tidak sesuai dengan acuan moral seperti apa yang mereka mahukan, mereka cuba menghalangnya," kata Stephen McGregor, penerbit dan penyanyi muzik pemenang Anugerah Grammy Jamaica.
Larangan tersebut dibuat selepas perjuangan bertahun-tahun negara Caribbean itu dalam usaha menghentikan keganasan senjata api, yang menjadi punca Jamaica mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di Amerika Latin dan Caribbean tahun lalu, menurut pusat penyelidikan Insight Crime.
Sebelum ini, penyanyi rap Vybz Kartel, yang dikecam kerana lirik lucah yang tidak membawa mesej positif menerusi lagu Dancehall, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2014 kerana menembak mati seorang lelaki, Clive 'Lizard' Williams.
Namun Kartel terus menghasilkan muzik semasa dipenjarakan.