'Jalan roti nan' di Turpan jadi tumpuan sempena Aidilfitri

Bernama
Mei 13, 2021 06:06 MYT
Jalan Tuanjie sepanjang lebih 600 meter di bandar Turpan, wilayah Xinjiang, China, dikenali sebagai 'jalan nan' kerana kebanyakan peniaga di sini menjual roti nan sejak sekian lama. - Gambar BERNAMA
TURPAN: Menjelang Aidilfitri, pemilik kedai di Jalan Tuanjie, bandar Turpan, wilayah Xinjiang China menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan juadah roti nan.
Jalan Tuanjie sepanjang lebih 600 meter, juga dikenali sebagai "jalan nan" itu kerana kebanyakan peniaga di sini menjual roti nan sejak sekian lama.
Selepas pengubahsuaian dilaksanakan di jalan ini oleh kerajaan tempatan, tempat tinggal bagi 76 keluarga menjadi laluan komersial yang turut menarik kedatangan ramai pelancong dalam dan luar negara.
Ablimit Ablat, pemilik kedai nan di Jalan Tuanjie berkata sepanjang pagi Rabu sahaja, pendapatannya melebihi RMB1,500 yuan (RM943).
Menurutnya, sempena hari raya permintaan yang diterimanya juga lebih tinggi berbanding hari biasa.
Roti nan yang dijual Ablimit sangat sedap kerana ramuannya telah ditambah susu.
Selain menjadi antara makanan kegemaran rakyat pelbagai etnik di wilayah Xinjiang, makanan itu juga merupakan hidangan wajib pada setiap kali perayaan.
Nan yang berbentuk bulat itu turut membawa erti perpaduan dan keharmonian dalam budaya China.
-- BERNAMA
#roti nan #jalan roti nan #Xinjiang #China #jadi tumpuan #jalan nan #Turpan #peniaga #Aidilfitri #hari raya #pelancong #Lebaran AWANI #Hari Raya Aidilfitri 2021 #Syawal 2021
;