Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby

Astro Awani
Ogos 6, 2024 00:00 MYT
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin. - Foto REUTERS
FLORIDA: Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.
Di Grange Fall Loop, Wimauma, penduduk tempatan menggunakan quad meredah banjir manakala kerosakan jalan juga dilaporkan.
Taufan Debby mengalami kehilangan sebahagian kelajuan angin selepas melanda Pantai Teluk Florida sekitar pukul 7 pagi Isnin sebagai taufan Kategori 1.
Pusat Taufan Kebangsaan memaklumkan ia mendarat berhampiran Steinhatchee, di kawasan Big Bend sekitar 70 batu (115 km) ke tenggara Tallahassee, dengan angin mencecah sehingga 80 mph (130 kph).
Pusat taufan meramalkan bahawa Debby akan bergerak ke laut Atlantik menjelang Selasa malam kemudian kembali melanda pantai Georgia dan South Carolina pada minggu ini.
Menjelang tengah hari Isnin, Debby menurunkan hujan antara lapan hingga 16 inci di beberapa bahagian tengah Florida.
#hujan lebat #banjir #Taufan Debby #laut Atlantik