Jalan masuk ke Koh Samui ditutup sepenuhnya
Agensi
Januari 3, 2019 19:55 MYT
Januari 3, 2019 19:55 MYT
Perkhidmatan feri ke dan dari pulau Koh Samui Thailand dihentikan seketika sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ribut tropika Pabuk.
Menurut laporan Reuters, Bangkok Airways turut membatalkan semua penerbangan ke dan dari destinasi percutian popular Koh Samui, sekali gus memberi bayangan akan ada pelancong terkandas.
Pabuk dijangka membadai kawasan kepulauan Koh Samui sebelum bergerak ke daratan pada Jumaat dengan membawa angin kencang 65 kilometer sejam serta ombak setinggi 7 meter.
Jabatan Meteorologi Thai memberi amaran hujan lebat berserta angin kencang di beberapa wilayah dijangka berlaku termasuk pulau peranginan popular Samui, Phuket dan Krabi.
Penyedia hotel di kawasan tarikan pelacong juga melaporkan ramai pelancong meninggalkan kepulauan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.