JAL batal penerbangan akibat kebocoran minyak

Astro Awani
Januari 8, 2013 07:31 MYT
Pesawat Japan Airlines terpaksa membatalkan penerbangan dari Boston ke Tokyo selepas berlaku kebocoran minyak di landasan melibatkan kira-kira 151 liter minyak.
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa menunda pesawat Boeing 787 itu untuk penilaian semula.
Kejadian berlaku ketika ia membawa 178 penumpang dan 11 anak kapal.
Jurucakap JAL memaklumkan pesawat itu dilaporkan mengalami masalah mekanikal.
Ia merupakan kejadian kedua melibatkan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Logan.
Isnin lalu, penumpang sebuah pesawat JAL terpaksa dipindahkan selepas berlaku kebakaran yang menyebabkan kabin dipenuhi asap.
Kes itu kini dalam siasatan.
#Boston #Japan Airlines #Tokyo
;