#JakartaDiserang: Mana ciri Safety Check Facebook, tanya netizen Indonesia
Syafique Shuib
Januari 15, 2016 21:21 MYT
Januari 15, 2016 21:21 MYT
Ciri ini diaktifkan ketika serangan di Paris, tetapi kenapa tidak diwujudkan ketika insiden di Jakarta pada Khamis?
Susulan kejadian serangan di Jakarta pada Khamis, netizen di Indonesia tertanya-tanya dimanakah ciri ‘Safety Check’ oleh Facebook?
Ini kerana pada kejadian serangan di Paris pada November 2015, ciri ini diwujudkan untuk membolehkan orang ramai untuk mengetahui tentang status saudara mara mereka.
Setelah kejadian itu, ciri ini turut diaktifkan ketika bencana alam seperti gempa bumi yang melanda Manipur, India pada awal Januari.
Namun siri kejadian enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta yang berlaku pada Khamis, ciri ini tidak diaktifkan.
Seorang netizen turut berkata insiden serangan di Lebanon turut tidak mempunyai ciri Safety Check.
Oleh kerana ciri berkenaan tidak diaktifkan, pengguna Twitter menggunakan hashtag #SafetyCheckJKT untuk memberitahu tentang status mereka.