Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan kurangkan hukuman penjara
Agensi
Disember 19, 2017 05:29 MYT
Disember 19, 2017 05:29 MYT
Jaguh paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius kemuka rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijalani kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Rayuan dikemukakan di mahkamah perlembagaan, susulan keputusan mahkamah tinggi Afrika Selatan pada 24 November, melanjutkan hukuman penjaranya dari enam ke 13 tahun.
Dengan keputusan itu, pelari kudung itu hanya boleh memohon parol pada 2023.
Pendakwa raya sebelum ini memohon hukuman lebih berat ke atas Pistorius kerana menyifatkan hukuman enam tahun yang diputuskan sebelum ini tidak setimpal dan terlalu ringan untuk jenayah yang dilakukannya.
Pistorius disabit kesalahan membunuh Steenkamp pada tanggal Hari Valentine 2013.
Steenkamp, 29 tahun, model dan bintang realiti TV, meninggal dunia selepas terkena empat das tembakan yang dilepaskan Pistorius.
Pistorius dalam pembelaannya mendakwa dia menyangka kediamannya dimasuki penceroboh.
#Afrika Selatan
#Hari Kekasih
#jaguh peralimpik
#Mahkamah Tinggi
#Oscar Pistorius
#permohonan
#rayuan
#Reeva Steenkamp