Jacob Zuma - kahwin enam kali, punyai anak 20 - 22 orang

Agensi
Februari 15, 2018 11:18 MYT
Selain dari isu skandal rasuah yang tiada penghujungnya, tempoh pemerintahan Zuma juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan masalah pengangguran meningkat. - Gambar fail
Bekas Presiden Afrika Selatan yang baru sahaja meletakkan jawatannya semalam dikenali sebagai seorang presiden yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Bukan sahaja dalam arena politik, malah kisah peribadi kehidupannya antara yang hangat diperkatakan.
Memetik laporan portal The South African, Jacob Zuma, 75, berkahwin sebanyak enam kali dan mempunyai 20-22 orang anak.
Lebih parah, 15 daripada anaknya adalah hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya manakala 5-7 orang lain merupakan anak dengan kekasih-kekasihnya.
Pada tahun 2006, Zuma juga pernah didakwa merogol seorang wanita pembawa virus HIV namun pertuduhan itu turut digugurkan.
Menyentuh keperibadiannya dalam arena politik di Afrika Selatan, Zuma pernah berdepan pelbagai skandal rasuah.
BACA: Terpalit skandal rasuah, Presiden Afrika Selatan letak jawatan
BACA: Jacob Zuma, presiden penuh kontroversi
Zuma pernah berdepan dengan 800 tuduhan rasuah pada 2009 dan turut dikaitkan dengan dakwaan berbilion dolar dalam perjanjian senjata.
Namun kesemua tuduhan ini digugurkan ketua pendakwa negeri bagi membuka jalan mudah buatnya menyandang jawatan presiden.
Selain dari isu skandal rasuah yang tiada penghujungnya, tempoh pemerintahannya juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan masalah pengangguran meningkat dan mencetuskan kemarahan masyarakat.
Tahun lalu juga, Zuma menafikan tuduhan mengatakan dia mempunyai hartanah berharga AS$25 juta dolar yang terletak di pinggir bandar Dubai untuk didiaminya selepas bersara.
#Afrika Selatan #anak #Jacob Zuma #kahwin #Kekasih #Rasuah #rogol #skandal rasuah
;