Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Astro Awani
Mei 25, 2021 09:56 MYT
Mei 25, 2021 09:56 MYT
JUTAWAN yang juga pengasas syarikat gergasi e-dagang Alibaba, Jack Ma, meletak jawatan sebagai presiden sekolah perniagaan elit yang dibangunkannya.
Laporan Financial Times (FT) menyebut, tindakan jutawan berkenaan susulan operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.
Baru-baru ini, Jack Ma, yang juga antara usahawan terkenal di China, dilaporkan hilang dari pandangan masyarakat sejak Alibaba disiasat dan didenda oleh pengawal selia kerana didakwa mengamalkan monopoli.
FT yang memetik sumber melaporkan, Hupan University kini menukar namanya dan akan menyusun semula kurikulumnya.
Universiti itu merupakan sebuah akademi elit untuk eksekutif perniagaan China yang diasaskan oleh Ma dan ditubuhkan di kampungnya di Hangzhou pada 2015.
Bagaimanapun, sehingga kini, universiti tersebut dan Alibaba tidak memberikan sebarang reaksi berhubung laporan itu.
Sejak meletak jawatan sebagai pengerusi Alibaba pada 2019, Jack Ma, bekas guru sekolah, kini menabur bakti dalam pelbagai kegiatan kebajikan dan projek pendidikan.
#media sosial
#China
#letak jawatan
#Jack Ma
#Alibaba
#monopoli
#financial times
#Hupan University
#presiden
#Hangzhou